Posts

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN

PENGENALAN  Pada awal kemunculan peradaban, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Namun pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti diintegrasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.  Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi. Dengan itu, pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam usaha membangunkan negara keseluruhannya.  INOVASI SOSIAL  merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong  tersebar melalui organisasi yang bertujuan sosial. Dalam definisi lain pula inovasi sosial adalah sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi menjana pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan bawahan. KONSEP INOVASI SOSIAL DENGAN PERPADUAN  ialah amalan baru untuk menyelesaikan cabaran
Recent posts