PENGENALAN
Pada awal kemunculan peradaban, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan
ekonomi. Namun pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian
ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti diintegrasikan dengan
usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional. Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal
bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi. Dengan itu,
pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam usaha
membangunkan negara keseluruhannya.
INOVASI
SOSIAL
merujuk
kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong tersebar melalui
organisasi yang bertujuan sosial. Dalam definisi lain pula inovasi
sosial adalah sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi
menjana pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat
terutamanya kualiti kehidupan golongan bawahan.
KONSEP
INOVASI SOSIAL DENGAN PERPADUAN
ialah
amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai
dan digunakan oleh individu, kumpulan sosial dan organisasi yang terlibat.
Ianya mempengaruhi tingkahlaku sosial, cara pemikiran, tindakan dan
perlakuan seseorang secara bersendirian ataupun bersama tidak kira kaum, bangsa
dan agama. Pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya jika
terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan sosial dalam kalangan rakyat.
KEPENTINGAN
Kepentingan inovasi
sosial dalam mencapai keseimbangan ekonomi dan sosial terbukti apabila ia
merupakan faktor utama untuk mencapai keamanan sosial, daya saing dan
kelestarian dalam kalangan masyarakat. Semakin aman masyarakat, semakin tinggi
daya saing dan lestari masyarakat. Ianya membantu untuk terus memperkukuhkan perpaduan
rakyat antara sesame kaum mahupun berlainan kaum. Inovasi sosial juga menyediakan
penyelesaian baru terhadap masalah sosial terutamanya pada masa krisis yang
kompleks. Inovasi sosial menyatukan pelbagai agen dalam mencari penyelesaian
masalah. Kolaborasi antara manusia dan organisasi menggalakkan kerjasama antara
sektor dalam menjana hasil iaitu produk, proses dan perkhidmatan.

KESAN KESAN
Inovasi sosial ini sangatlah penting dalam membentuk perpaduan kaum serta rakyat, ianya memberi kesan yang sangat mendalama kepada negara. Tanpa aspek ini dalam sesebuah pembanggunan negara, pasti sukar bagi negara tersebut untuk terus berkembang. Selain itu, ianya penting bagi membentuk dan memahami konsep inovasi sosial perpaduan sebagai peranan baru dalam diri sendiri dan orang lain. Agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tanggungjawab serta fungsi yang boleh mengakibatkan konflik berlaku. Konflik yang berlaku ini boleh mengakibatkan perpecahan kaum sering terjadi di kalangan rakyat di negara kita. Bukan itu sahaja, jika terdapat sebarang ketidakseimbangan dalam organisasi yang memberi perkhidmatan inovasi itu sendiri pasti akan berlaku perbalahan dalam menuntut hak dan bahagian masing-masing. Oleh itu, sebagai seorang rakyat prihatin dan bertanggungjawab, kita seharusnya lebih teliti untuk membentuk sebuah perhubungan baru sesama sendiri.
LANGKAH LANGKAH
Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia.
Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu dipraktikan dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia.
Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititikberatkan. Ini ialah realiti dan harus difahami dan diterima semua pihak. Untuk berlaku adil jangan sesekali kita berat di sebelah pihak ataupun kaum agar kesepaduan kaum dan keharmonian kaum dan masyarakat dapat diwujudkan. Oleh itu, kita hendaklah memupuk rasa hormat tinggi antara kaum dan agama dalam diri kita. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.
Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa juga tidak boleh dijadikan sebagai taruhan oleh mana mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. kita perlulah sentiasa berbelas kasihan kepada rakyat yang menginginkan keamanan dan kestabilan negara. Serta memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin.
KESIMPULAN
Keukuhan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sesebuah negara yang berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang strategik, persefahaman semua pihak serta kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama islam,
Di samping itu, kita perlulah menghayati dengan penuh keinsafan kandungan tersurat dan tersirat dalam kesemua prinsip negara. Penghayatan Rukun Negara amat penting untuk mencapai perpaduan dan intergasi nasional yang padu lagi jitu. Ianya perlu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kokurikum kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.
Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, uasaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh semua pihak. Sudah pasti keharmonian dan perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai.
Sangat menarik
ReplyDeleteRujukan yang bagus,kemas ,dan cantik
ReplyDeletesangat menanrik dan lengkap 👍👍👍👍
ReplyDeleteisi yang padat dan mudah difahami 🖒
ReplyDeletecantik background dan menarik. sedap mata memandang, sedap juga membaca isinya.
ReplyDeleteTulisan ok,gambar semua ok,dan menarik
ReplyDeletesetuju yutih
ReplyDeletesangat menarik untuk dibaca dan dibuat rujukan, saya yuyen suka 👍🏼
ReplyDeletesangat menarik untuk dibaca dan dibuat rujukan, saya yuyen suka 👍🏼
ReplyDeleteTeruskan usaha dengan atikal begini..ia dapat menyatukan kaum yang berbilang bangsa..baik untuk perkembangan sihat generasi Z
ReplyDeleteNice articles , information yang kemas untuk dibaca . Sangat menarik , dan gmbar yang cantik
ReplyDeleteCantik n senang untuk faham
ReplyDeleteKemas teratur simple je konsep blognya
ReplyDeleteArticle yang bagus dan menarik untuk kita sama sama pelajari. Syabas wahai anak muda, teruskan usaha anda! #HidupPMM
ReplyDelete